Pages

Featured-Content

Wednesday, August 3, 2011

SaLaM RaMaDhaN

0 comments
Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan pada kali ini akan lebih baraqah kepada sesiapa sahaja yang menjalaninya. Sebagai umat islam kita haruslah patuh kepada Rukun Islam yang ke 3. Jalanla kita cuba merosakkan puasa kita. Kalau umur dah tua ni pandai-pandaila puasa. Janganla selamba badak je kan..hahahaha....setan dikurung, tp kalau buat camtu korangla setannya....

(p/s: azam aku di bulan ramadan & bulan-bulan seterusnya ialah AKU TAKNAK MENGUMPAT!BERDOSA!..so korang mengumpatla aku...hehehehe)   
(Aku suka tengok gambar ni...memberi pengajaran..jgnla hafal sign jalan je kan)

Thursday, May 26, 2011

"Terima Teguran"

0 comments
Pagi yang moody...tapi nasib baik harini aku happy...sebab family n my hubby nak datang..hahahahaa...
Bersambung balik kepada tajuk post aku arini..."Terima Teguran"...yela...tak semua orang boleh menerima teguran ni kan ye tak? kalau aku pun macam 2 jgkla kadang-kadang...nak marah jugakla kan...hehehehe...ok...kita back to the title...

Setiap manusia ini tak boleh menerima teguran walaupun kritikan atau teguran tersebut betul dan nyata..ye tak?tapi..bagi aku kan teguran ni sebenarnya boleh "IMPROVE" kelemahan diri kita..yela...sebagai contohla kan..kalau orang cakap kat korang.."Ko ni..bab PR (Public Relation) xbagus langsung la"..kalau korang apa perasaan korang?kalau akula kan..aku akan cuba improve sampaila orang yang bagi kritik kat aku tu diam terduduk sambil melutut meminta maaf..hahahahaha...

Tetiba aku teringat zaman degree aku ari2...aku nye lecturer ni tak puas ati ngn aku...yela..aku ni xbijak macam dianye favourite studentla kan?tapi aku buktikanla aku dapat markah tinggi bagi subject dia la kan n fav student dia xdapat...korang tau dia buat ape????kertas test aku yang markah paling tinggi 2 dia bagi bukan dekat tangan aku walaupun aku tadah tapi dia baling...macam B**I kan????aku memang anti ngn lecturer tu until now...n untuk pengetahuan i'm more successfull compare to your fav student k!!!!(emo plak)

Ok...bab balik kepada terima teguran...kadang bila sesuatu berlaku susah nak tegur..aku t'ingat satu citer Syampu Sunsilk 2 ape ntah citer dia...bukan gadis semasa 2... pasal camana nak tegur manusia yang mempunyai BO...aku harap korang pahamla ape BO 2...susah...tapi nyata...btl x?

apela aku merepek ni...tapi memang betulla...tak semua boleh terima teguran...terima kritik tu sakit sebenarnya...tapi korang kena think positive..kalau korang tak ditegur camana korang nak meningkatkan diri...kalau masa belajar contohnya...korang xpandai matematik...cikgu tegur jangan lupa buat exercise...ha...teguran cikgu tu untuk apa???untuk korang IMPROVE la kan???so..fikir-fikirkanla....

Wednesday, May 25, 2011

Perempuan Merokok

0 comments
Apa perasaan korang bila tengok BETINA  perempuan merokok??? Suka??epi???seronok tengok???rasa cool???rasa cam gempaq????pape la kan yang korang rasa...tapi bagi aku...aku tak suka...

Mana hilangnya budaya Timur kita kalau perempuan pun dah mula merokok...betul tak?ada yang kata rokok ni untuk kuruskan badan...betul...aku terima bnd 2...yela...bila dah mula merokok korang xnak makan...betul x?hisap je rokok...sarapan pagi ROKOK...lunch pun rokok...dinner pun rokok...supper pun rokok...mana tak kurusnye...

Nape aku mulakan isu ini?sebabnya ni berlaku disekeliling aku...ramai sgt yang merokok...kalau merokok sorok2...agak2la...hilangkanla bau rokok 2 dulu...aku ni bab asap rokok sensitip sikit baunyeeeee...aku akan bau weh!!!janganla ingat ko pandai sampai merokok dalam bilik aku xbau ye x??xkanla orang sebelah kot...


Kadang-kadang 2 yang aku angin bila makan kat kedai2 sekitar Ibu Kota...sebab tempat asal aku jarangla aku nengok BETINA perempuan merokok..dengan selamba ya ya pompuan ni merokok...ish ish ish...nak mati mati sorang2..lelaki merokok boleh terima lagi...ye tak?aku punya husband pun xmorokok wehhhhhh

Berikut adalah kesan Perempuan merokok:

" Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang teramat buruk dikalangan wanita dan kesan jangka panjang. perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok.

Pelbagai jenis penyakit timbul berpunca daripada asap yang [b]mengandungi 4,000 bahan kimia[/b] berbahaya kepada jantung, terutama nikotin dan karbon monoksida itu. Wanita yang merokok akan menjejaskan kesihatan mereka dan juga penyumbang kepada penyakit kronik seperti barah payudara, barah rahim, dan sebagainya.

Begitupun, gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang.

Seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang sehari, akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dah jika 20 batang yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat, semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang dalam sedar.

Kajian yang ditulis dalam Jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat menyatakan bahawa wanita yang merokok mempunyai risiko terlalu tinggi mengidap penyakit kanser payu dara berbanding mereka yang tidak atau telah berhenti merokok.

Penemuan terbaru melalui kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Peggy Reynolds dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan California itu mendapati, wanita yang mengakui mereka mempunyai tabiat merokok menghadapi risiko 30 peratus lebih tinggi dijangkiti penyakit tersebut berbanding mereka yang tidak merokok.

Manakala bagi wanita yang mengamalkan tabiat buruk itu sebelum berusia 20 tahun atau mula merokok sekurang-kurangnya lima tahun sebelum hamil, juga mempunyai risiko yang tinggi. Tetapi, bagi wanita yang pernah merokok dan kemudian berhenti tidak pula menghadapi risiko menghidap kanser payu dara.

Penyakit ini terjadi dikalangan wanita kerana kajian mendapati elemen-elemen asap rokok telah ditemui dalam bendalir payu dara di kalangan wanita yang merokok dan asap rokok sememangnya diketahui mengandungi bahan carcinogens yang berbahaya kepada sel manusia.

Selain nikotin dan karbon monoksida, antara bahan beracun lain yang terkandung dalam asap rokok ialah tar, acetone (penanggal kilat kuku), arsenic (racun anai-anai), ammonia, dioksin dan furan.

Kajian lain turut mendapati selain barah payudara, sekurang-kurangnya 40 penyakit dikaitkan dengan asap rokok, antaranya mati pucuk, jantung, ulser perut, strok, tekanan darah tinggi, keguguran janin, jangkitan saluran pernafasan dan osteoporosis.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita merokok kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-bakal ibu ini mula merokok semasa bayi dalam kandungan.

Oleh itu, wanita sekarang perlu tahu dan mula buka mata menyedari mengenai bahaya merokok yang mengundang pelbagai bahaya dan risiko. Sebaiknya wanita tidak perlu merokok kerana ia tidak langsung memberikan kesan baik kepada sesiapa sahaja. Wanita Malaysia perlu memelihara adat ketimuran dengan tidak sesekali merokok seperti kaum lelaki."

p/s: fikir fikirkanla...ko nak CANTIK sekarang bila tua ko SAKIT!!Paru-paru sakit semua sakit...cian kat baby korang nanti wehhhhh

Thursday, April 21, 2011

HaRi InI HaRi KhAmiS...SeMaLaM HaRi RaBu...2...

0 comments
10.00am-12.30pm

hehehehe...waktu camni aku buat kerja je...banyak sangat kerja yang perlu di buat...nak tangkap gambar masuk dalam ni aku malas...aku buat macam-macam...nak beritahu SPECIFIC ape aku buat korang tak paham plak...hehehehehe...mcm aku ckp entri sebelum ni (http://tzuvana-thismystory.blogspot.com/2011/04/semalam-hari-rabuhari-ini-hari-khamis.html).. (berfikir:camana orang boleh buat (klik di sini)...aku buat xjadi pn...)kerja aku kena banyak berfikir...hahahahaha


12.30pm-2.00pm

Arini ketika masa dan ketika ini aku terima berita mengembirakan...harap-harap dapatla apa yang aku nak ni....MY DREAMS WILL COME TRUEEEEEE....pas2 Waktu ini aku telah pergi ke Pekeliling untuk aku membeli tiket bas pulang ke kampung...walaupun aku telah berumah..tapi tangga aku tak siap lagi...so hidupla seperti orang bujang...naik bas ooooo balik kampung....pas2 aku ngn Cik Polkadut g makan kat Sogo...2 jela....ye x?


2.00pm-6.00pm

Ni aku sambung lagi buat keje...tengah rajin ni...update apa yang patut...kerja susah-susah yang memerlukan perahan otak aku yang tak berapa bijak ni akan ku buat kemudian....hahahahaha...alhamdulillah 5 keje aku dah siap...esokla plak....yela...aku kan I HATE MY JOB I LOVE MY JOB..hehehehe

6.15pm...

Aku buat OT arini...aku nak claim senang nanti...so jap lagi nak balik...cam biasala...bila sampai umah you allz bacala entri aku sebelum ni...cuma citer lain jela aku nengok...


k la...aku mahu pulang....naik LIMOSIN panjang aku la...apa lagi...and once again...I'M ALONE....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Kangen Band - Yakin Cintamu Ku Dapat (with lyrics)

1 comments




SeBaB Ko Da ToLoNG Aku wAt bLoG aKU NI..aku adiahkan KO LagU fAv kO...tP AkU XLuPA TuDUng YaNg AkU JaNjIkaN tu....hahaha...AKU SAYANG KO ILA....


My BloG New LoOk

0 comments


this template is called Chalk Board....simple and juz nice....thanks to ila.....go to her blog by click here...
>>> Mes Sentiments

i Love YoU iLa...thanks sbb buat blog aku jadi cun..kalo aku yg buat confirm xsecun ni..sbb aku ni ngok ngek skit bab berbeloging ni....aku tau mengarah ko je...hahahaha....nanti aku blanje ko tudung 10helai...aku janji...


so how my blog now???ok x??sbb xde gmbar byk lg tu xbape nak cun.....

Wednesday, April 20, 2011

Semalam Hari Rabu....Hari iNi Hari Khamis...

0 comments
8.30-9.30pm

Waktu camni aku tengok tv...biasala..tengok tv sorg2...walaupun dok umah ada 4orang...still aku sorang2...sunyi weh...hahahahaha...aku layan citer nanny 911..ala...citer pasal nanny penjaga budak 2...dia cuba ajar cara yang baik jaga dan didik anak-anak...bukan cara kekerasan...tapi ketegasan di samping mendidik anak-anak hormat ibu bapa...aku pun banyak belajar dengan cara didikan penjaga budak ni...manala tau ada anak nanti aku dah pandai mendidik..hehehehe...





10.00pm
ha...semalam aku tido waktu camni la...sekarang ni tv jarang aku tengok dah...aku dok dalam bilik je...main psp jap...mesej ngn Encik Suami jap...terus...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz(kroh,kroh,kroh)..hehehehehe...nape yek bila waktu kita tidur panas semacam je...bila time nak bangun tu dalam pukul 6.15am...punyala sejuk giler...nak bangun berat je mata...hehehehe...nasib baik aku tak sambung tidur sampai pukul 9.00...kalau tak memang tak pergi kerja la aku ni...



6.15am-7.45am  

Waktu camni aku bangun aku tidur lagi...pukul 6.20am baru aku bangun..Siap-siap pergi kerja la apa lagi...hari khamis kenala pakai Baju Batik...i kan "Saya Yang Menurut Perintah"...macam biasala...aku punye kenderaan mestilah "Limosin" (betul ke aku eja ni) PaNJanG aka LRT la...ape lagi...banyak jasa LRT ini pada aku...jarang la lambat aku pergi kerja...sebelum sampai kat stesen LRT ni...aku jogging jalan kaki dengan anggaran minit sebanyak 15minit kalau aku berjalan rileks dan slow motion seperti kucing yang tengah catwalk...hehehehe...kalau aku jalan macam gajah kejar aku (ada ke gajah nak kejar...hahahahaha) 10minit je jalan kaki...dah make up-make up baik punya, cair make up aku...hehehe...berpeluh-peluhla gak. 

Pas drebar "Limosin" aku sampai , aku pun naik la sehingga la sampai ke destinasi aku...ha...ni lagi satu, bila sampai destinasi bukan sampai terus ke bangunan tempat aku keje...kena menapak lagi dalam 300 langkah kaki gak la...baru sampai...bila dah sampai bukan sampai terus plak ke tempat punch card, kena gak naik lif ke tingkat 8...(nasib baik la lif, kalau tangga mau pengsan aku). Waktu camni aku mula la malas rajin giler ni nak buat keje...tak sabar ni...berkobar-kobar ni...I LOOOVVVEEEE MY JOBBBBBB DAMNNN CRAZZZIESSSTTTT 

8.00am - 8.30am

Time ni waktu makan aku...hidup kat KL ni bagi aku bab makan takdela susah..kedai banyak...harga pun tak mahal..dulu kalau dengar KL je rasa takut...sebab orang kata semua benda mahal...kalau makan kat kedai kat Pahang lagi mahal kot...kat KL ni berbaloi la...semua ada...tapi ari-ari makan benda sama bosan gak...aku punya menu makan pagi arini nasik goreng...beli tapau sudah..sebab time makan pagi aku pergi sorang-sorang...jarangla nak berteman.. leceh beli makan then balik office..senang..CEPAT dan PANTAS..


8.30am-9.30am
Waktu camni aku nak mula kerja...tapi aku berblog dulu...sebab nak tulis apa aktiviti aku...memandangkan sekarang baru pukul 9.30am aku punya aktiviti stop sampai sini dulula...pasni aku sambung balik...kerja dah banyak dan bertimbun ni...semuanya jenis kena memikir....kena guna otak...kalau buat keje tak guna otak dan berfikir xboleh ke?buat je keje...kan best..tapi mana bolehkan..orang yang suka berfikir dan guna otak orang yang bijak..aku la tu..hehehehehe...tapi still lagi orang cakap kita ni malaskan...xpela...janji aku bahagia....ok...


TO BE CONTINUE.....


p/s: Semalam aku tengok cerita Bersamamu...cerita pasal Sindrom Down...Comel budak nama Firdaus tu (Kalau xsilapla)...siap menari ala-ala Michael Jackson lagi..."BEAT IT!BEAT IT"..caya la adik Firdaus...